Update #twtupkaseh 3.0 (13 November )

Info tambahan mengenai #twtupkaseh 3.0

Pengenalan Rumah Warga Emas Al Ikhlas Puchong

Rumah Warga Emas Al Ikhlas

Pada tahun 2004 rumah ini telah ditubuhkan yang mana pada tika itu hanya menempatkan seramai 10 orang warga emas sahaja. Kini, rumah ini telah menempatkan 50 orang warga emas (lelaki & perempuan) dalam lingkungan usia 60-80an. Kebanyakkan warga emas di sini adalah pesakit dari hospital-hospital kerajaan yang tiada waris dan menghidapi penyakit yang kronik. Hanya 1 @ 2 orang warga emas sahaja yang mempunyai keluarga (anak-anak yang menghantar ibubapa mereka ke sini). Pengasas @ Pengarah urusan Rumah Perlindungan Warga Emas Al-Ikhlas. Pn.Muji.

                   

Objektif : Untuk mengeratkan lagi hubungan di antara sukarelawan Twitterjaya dengan petugas dan Warga Emas di Rumah ini di samping dapat memupuk budaya bersedekah di kalangan masyarakat. Ianya juga dapat memberi sedikit sinar keceriaan kepada Warga Emas di sini dan mereka akan merasa dihargai dan diingati apabila adanya program lawatan sebegini. Ianya juga dapat mendidik dan mendekatkan lagi sukarelawan Twitterjaya dengan masyarakat luar di mana ianya berperanan dan dianggap sebagai memenuhi tanggungjawab sosial.

HARI/TARIKH MASA AKTIVITI : Ahad (13/11/2011) 2 petang hingga 6 petang

 ALAMAT DAN PETA :  #Twtupkaseh Masjid Lama Lot 3530,Jln bt 18,Kg Pulau Meranti,47120 Puchong. (2.962915,101.621747)

MAP :

Pakaian : Baju rasmi #twtupkaseh atau yang sopan.

Pengangkutan : Car pool ( akan berkumpul di stesen minyak Esso bertentangan IOI Mall pada 13 hb Nov pukul 1230 tengah hari

Sesiapa sahaja boleh turut serta ( ada atau tidak acc Twitter )

RSVP disini : http://twtvite.com/jnl198 ( Untuk pembahagian makanan & landyard percuma kepada semua sukarelawan )

Derma disini : Wang tunai : Boleh dihulurkan di M2U : 162106784493 ( Aida Suraya ) - Sangat memerlukan :)

AKTIVITI :

Masa

Aktiviti

1230 tengah hari

Taklimat & bertolak dari Kuala Lumpur. ( Tunggu di Esso bertentangan IOI Mall dari 1230ptg)

1 30 petang

Tiba di rumah Al Ikhlas Puchong & solat Zohor

200petang

1.      Sesi sual kenal dengan penghuni.

2.      Sesi tanaman pokok sumbangan Twitterjaya.

3.      Sesi pemberian sumbangan ikhlas

3petang

Sesi tayangan video & akustik

430 petang-5ptg

Minum petang & solat asar

5petang

Tazkirah dari Pn Muji

6petang

Pulang