Salam, kali pertama kenal Zul Bumilangit ni sejak twtup berbuka puasa anjuran beliau rasanya Ogos 2010, dah lebih setahun lepas. Rakan saya di Twitter. Peramah dan baik hati, isterinya juga sama. Masa October 23rd Twtup anjuran @karrotgold, masa tu ada dengar pasal Safiah ni, tapi tak sangka pula sakit kronik sakit jantung berlubang. :’(
Zul Bumilangit banyak sangat membantu kami dalam menjayakan Twtupkaseh. Dia yang handle bas untuk anak2 yatim dengan sukarela. Saya tak tahu nak balas budi beliau. Semasa Twtupberbuka, dia juga yang handle bas untuk anak2 yatim.
Twitterjaya, saya tahu kita ni pun bukan kaya mana, tapi sedikit sebanyak marilah kita hulurkan bantuan untuk meringan beban Zul Bumilangit :’(

COMEL BETUL SAFIAH NI :’)
Anak beliau, Safiah Mardhiah, 5 tahun akan menjalani pembedahan ‘open heart surgery’ bagi menutup lubang pada jantungnya.
Ini adalah pembedahan kedua setelah prosedur pertama pada disember 2010 menggunakan tiub TEE gagal kerana diameter lubang yang terlalu besar. Pembedahan kedua ini lebih berisiko kerana melibatkan tulang dadanya dibelah untuk mengeluarkan jantung.
Semua kos perubatan dan pembedahan ini tidak ditanggung oleh pihak insuran kerana ia dikira kecacatan sejak lahir.
Dalam pembedahan kali kedua ini akan dijalankan di Institut Jantung Negara pada hari raya ke 10 (10 September 2011) dan dijangka menelan kos sebanyak RM25,000 yang mana sebahagian daripadanya ditanggung pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Selain itu, isteri beliau terpaksa berhenti kerja untuk penjagaan pos surgeri yang mengambil masa sekitar 2 - 3 bulan sebelum Safiah boleh ke sekolah semula.
Pihak TwtupKaseh akan menghulurkan sedikit sumbangan kepada beliau dan kepada semua yang ingin membantu meringan beban beliau, hulurkan sumbangan kepada
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing :)
BumiLangit twitter.com/bumilangit
Mohd Zulfadzli (Maybank) 162209905368
atau akaun Twtupkaseh (Aida Suraya M2U : 162106784493 )
Telefon 0192717548
email :mohdzulfadzli.abdulhalim@malaysiaairlines.com / jonbuobage@yahoo.com
Atau boleh hubungi saya di laman sosial twitter : AidaSue
laporan asal : SharpShooter